Jiwa Rasa Gelora

Julai 4, 2004

Pustaka Indonesia – Syurga dunia bagi peminat buku Bahasa Melayu

Filed under: Buku, Uncategorized — jiwarasa @ 1:05 am

Rabu 30/6/04, saya bertemu satu tempat baru yang menakjubkan!

Bercuti sambil menemankan emak ke sesi rawatan di Hospital Putrajaya. Kemudian, temankan, Mak & Abah ke Mydin di Jalan Masjid India.

Selepas makan terus ke Wisma Yakin, mencari Pustaka Indonesia. Mulanya cuma melihat di kedai di tingkat bawah. Saya telah ditegur oleh tuan punya kedai dan membawa saya ke Tingkat 2 untuk melihat koleksi yang lebih banyak.

Saya sudah lama mendengar mengenai Pustaka Indonesia. Baca mengenai koleksi kitabnya yang banyak ditulis di forum di internet.

Fathi Aris Omar juga ada menulis satu artikel yang menarik di The Sun mengenai minat membaca masyarakat Indonesia dengan merujuk kepada jumlah buku terjemahan yang banyak di Pustaka Indonesia.

Saya benar-benar kagum dengan buku-buku yang saya jumpa!

Saya tak sedar yang saya telah habiskan masa lebih dua jam untuk melihat semua buku yang dipamirkan di kedai tersebut!

Saya benar-benar kagum dan hormat pada minat membaca masyarakat Indonesia. Bayangkan, saya jumpa beberapa judul buku karangan, Bernard Lewis, Edward Said, Seyyed Hossein Nasr, Fazlur Rahman dan banyak lagi yang telah diterjemah ke Bahasa Melayu Indonesia.

Buku-buku ini hampir mustahil boleh dicari di MPH atau Popular. Apalagi kalau ingin dicari di kedai-kedai buku di Ipoh ini. Saya rasa rendah diri bila memikirkan koleksi buku yang dijual di kedai-kedai buku di negara kita. Persoalannya, dimanakah tahap pembacaan masyarakat kita?

Kalau ikutkan kehendak hati memang banyak buku yang saya ingin beli. Akhirnya saya telah membeli 9 buah buku berharga lebih RM200. Yang pasti, saya akan datang lagi untuk mencari buku-buku lain!

——————————

Buku yang dibeli

1. Filsafat dan Praktik Pendidikan Islam Syed M Naquib Al-Attas – Wan Mohd Nor Wan Daud (terjemahan)

2. The Structure of Scientific Revolutions – Thomas S Kuhn (terjemahan)

3. Islam; Agama, Sejarah dan Peradaban- Seyyed Hossein Nasr (terjemahan)

4. Islam Intelektual; Teologi, Filsafat & Ma’rifat – Seyyed Hossein Nasr & William C Chittick (terjemahan)

5. Muhammad Iqbal Dalam Pandangan Para Pemikir Syiah – Ali Khamenei, Ali Syariati & Murtadha Muthahhari (terjemahan)

6. Sana’i, Attar, dan Rumi; Studi Komparatif
– JTP De Brujn, Muhammad Este’lami & John Cooper. (terjemahan)

7. Islam Agama Kemanusian – Nurcholish Majid

8. Kontroversi Pemikiran Fazlur Rahman, Studi Kritis Pembaruan Pendidikan Islam – Prof Dr H Muhaimin

9. Buku Ini Aku Pinjam / Tip Baca Buku – Dr Shalih Muhammad ArRasyid & Muhammad Shalih Al-Munajjid (terjemahan)

Terdetik dalam hati saya, apakah nasib penerbitan buku di Malaysia, khususnya yang berbahsa Melayu? Ke manakah arah kita?

2 Komen »

  1. Artikel Fathi Aris Omar dalam The Sun (30 May 2004), bertajuk ‘Reading a nation like a book’ boleh dibaca di URL berikut: http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=3376

    Dia ada menyebut soal: “Because of negative portrayal of Indonesia in media reports, there emerges a widespread assumption that it is economically backward and politically unstable. Don’t look up to Indonesia. We are also alarmed, be careful with the democratisation process that has been taking place there. It creates instability, we are told, without examining how democratic space has generated a new brand of creativity and vibrancy. We think Indonesians can be simplified by a few words that connote negativity — construction workers, domestic helpers, Bali bombing, street protests and Jemaah Islamiah (JI).”

    Komen oleh Anonymous — Julai 23, 2004 @ 3:29 pm

  2. Memang benar, tahap pembacaan orang Melayu berada di tahap yang membimbangkan. Sekalipun banyak pihak dan suara mengakuit tabiat membaca orang kita sudah agak baik dari 10 atau 20 tahun dahulu, tetapi jenis bacaan apakah yang di minati? Adakah sekadar membaca majallah hiburan di kira sudah mencukupi?
    Oleh kerana tabiat membaca yang saya miliki sejak kanak-kanak lagi, saya resah apbila menziarahi rumah sahabat atau , saudara mara yang tidak memilikki bahan bacaan jauh sekali buku.
    Amat malang sekali kita orang Melayu sibuk memperingati, mengadili dan menghukum orang lain tentang dosa, pahala dan perkara yang remeh temeh, tetapi kita lupakan ayat yang pertama sekali yang di turunkan ia itu : Iqra’ ( Baca).

    Selagi sistem pembelajaran kita masih menumpukan kepada ujian dan mengenepikan “Learn and Research’, dan pelajar cuma membaca buku teks untuk lulus periksa,selagi itulah kita akan berada di takuk lama.
    Selain dari itu, ibu bapa/penjaga mempunaui peranan maha penting untuk menanam sikap tabiat membaca kepada anak-anak mereka. Tapi bagaimana anak-anak boleh meniru tabiat membaca apabila mereka tidak pernah melihat ibu bapa mereka memegang buku?–>

    Komen oleh ana — Ogos 6, 2004 @ 12:42 am


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: