Jiwa Rasa Gelora

Julai 5, 2004

Zakat: Kenapa bayaran asnaf amil begitu besar?

Filed under: Uncategorized — jiwarasa @ 9:07 am

 
Pengurusan zakat di Malaysia, adalah antara yang boleh dibanggakan. Majlis Agam Islam Negeri-Negeri telah memainkan peranan mereka dalam memaksimakan pengutipan hasil zakat.
Namun begitu, kaedah pengagihan zakat masih boleh diperbaiki.
 
Andaikata saluran pengagihan dapat dipertingkatkan, masalah kemiskinan yang mencengkam umat di tanahair kita dapat dibenteras…
 
 
Cetusan saya mengenai pengurusan zakat yang dibincangkan di harakahdaily…

Zakat: Kenapa bayaran asnaf amil begitu besar?

Tuesday, June 22 @ 21:00:26 MYT

Oleh Jiwarasa
Saya juga tertarik bila membaca pendapat Sdr Rahmat yang mempersoalkan tentang agihan Pusat Zakat Selangor pada 21 Jun 2004 dan dijawab oleh Abu Al-Hakim Al-Selayangi pada June 21.

Saya rasa Sdr Rahmat tidak membuat sebarang tuduhan mengenai unsur penyelewengan. Yang dipersoalkan bukan isu ketelusan tetapi isu kewajaran pembahagian asnaf tersebut.

Beliau mempersolkan kewajaran RM10 juta diperuntukkan untuk amil dan hanya RM3 juta untuk bantuan pelajaran.

Isu ini rasa saya bukan hanya berlaku di Pusat Zakat Selangor malah di Pusat Zakat lain juga. Di mana-mana pusat zakat pun, jumlah agihan untuk Amil Zakat itu agak besar.

Ianya berlaku disebabkan skop Amil yang terlampau luas. Segala overhead termasuk gaji kakitangan, belanja kursus dan latihan, bayaran utiliti, pengurusan pejabat dan segala perbelanjaan lain adalah dikategorikan sebagai bayaran untuk amil.

Ada juga pusat zakat yang membeli bangunan yang mahal dan juga diletakkan di bawah amil.

Persoalannya sekarang, berapakah jumlah yang dirasakan wajar untuk diagihkan kepada Amil?

Patutkah kita berbelanja besar untuk membeli bangunan yang cantik dan mahal tetapi di masa yang sama masih ramai umat Islam yang miskin dan duduk merempat?

Kenapakah kita tidak memaksimumkan pengagihan zakat untuk bantuan yuran pengajian tinggi anak bangsa kita (di bawah asnaf fisabilillah) di kala pemberian biasiswa ditiadakan oleh kerajaan.

Kenapa sesetengah Pusat Zakat sanggup membina bangunan tinggi di kala bangunan Sekolah Agama Rakyat reput menyembah bumi? (asnaf fisabilillah)

Manakah lebih penting?

Saya rasa walaupun diharuskan menggunakan wang zakat untuk membina bangunan dan lain-lain perbelanjaan modal, ianya tetap berlawanan dengan roh zakat itu jika pengagihan zakat tidak dapat mengangkat martabat umat dan menarik mereka dari belenggu kemiskinan dan kepayahan.

Saya berharap pihak pengurusan zakat di seluruh Negara dapat mempertingkatkan usaha untuk memastikan usaha pembasmian kemiskinan berjaya dilaksanakan. – zs

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: