Jiwa Rasa Gelora

Ogos 5, 2004

21,455 Surat Tidak Dihantar!

Filed under: Uncategorized — jiwarasa @ 9:34 am

Akhbar the Sun hari ini (5 Aug 2004) melaporkan kisah seorang posmen yang menyimpan sejumlah 21,455 pucuk surat yang disorok di sebuah bilik di rumah sewanya di Jinjang. Surat tersebut termasuk surat berdaftar dan Pos Express, kesemuanya bertarikh antara tahun 2000 hingga tahun 2004. Surat tersebut sepatutnya dihantar ke alamat di sekitar Kepong.

Posmen berusia 27 tahun itu bagaimanapun telah diberhentikan pada March 19, atas kes disiplin. Laporan polis telahpun dibuat oleh pihak pengurusan Pos Malaysia. CEO Pos Malaysia, Datuk Ikmal Hijaz Hashim juga berkata, sehingga kini 62 orang pekerja Pos Malaysia telah diberhentikan kerja atas berbagai sebab, antaranya kerana tidak menghantar surat.

Tidak pula diberitahu punca lelaki tersebut menyimpan surat-surat tersebut. Mungkinkah kerana tekanan kerja? Adakah kerana tidak puas hati dengan pihak pengurusan? Wujudkah unsur sabotaj?

Walau apapun sebabnya, ia kembali kepada soal amanah dalam kerja. Tidak kira apa taraf jawatan yang kita pegang, bersama jawatan itu tertanggung amanah yang besar. Saya percaya jika seseorang itu amanah dengan kerjanya, melakukan kerja dengan ikhlas dan sepenuh hati, sudah tentu dibalas dengan pahala yang setimpal. Dengan itu kerja itu juga akan menjadi ibadah. Setiap surat yang dihantar itu pasti ditunggu-tunggu oleh penghantar dan pengirimnya. Bayangkan, bagaimana surat dapat menghubungkan dua insan yang terpisah, boleh melahirkan harapan dan perasaan yang tak terungkap dengan kata. Merapatkan silturrahim, mendekatkan yang jauh, merapatkan yang dekat adalah kerja yang mulia.

Walaupun dunia maya sudah berkembang maju, perkhidmatan pos masih diperlukan. Jangan sampai pengguna hilang keyakinan terhadap perkhidmatan ini..

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: