Jiwa Rasa Gelora

Januari 6, 2005

Semalam di Sutra Beach Resort

Filed under: Uncategorized — jiwarasa @ 9:11 am

.

Khamis 23/12/2004 Kota Bharu – Sutra
Jumaat 24/12/2004 Sutra – KT – Kemaman – Cherating

Perjalanan dari Kota Bharu ke Terengganu sangat menarik. Kami melalui pemandangan kampung yang sangat mengasyikkan. Bagaikan tak sedar yang kami telah sampai ke sempadan Kelantan – Terengganu. Kami melalui Jerteh lalu ke Permaisuri sebelum mengambil jalan ke pantai melalui Pantai Penarek sebelum sampai ke Kg Merang, tempat terletaknya jeti ke Pulau Redang.

Melalui Merang akan mengingatkan kami akan percutian indah kami di Pulau Redang beberapa tahun lepas. Kepada yang belum sampai ke pulau-pulau di pantai timur, saya syorkan pergilah bercuti di sana, terutamanya Pulau Redang. Pengalaman snorkeling dan bermain-main dengan ikan yang jinak di Redang Marine Park sungguh menyeronokkan. Bagaikan melihat akuarium. Anda boleh berjumpa dengan penyu dan anak ikan yu. Kata seorang divemaster di Redang, tahun sebelumnya batu karang di sini lebih cantik, tetapi setiap kali musim tengkujuh, banyak karang yang musnah.

Tak jauh dari Merang, kami melalui Kg Rhu Tapai di mana terletaknya destinasi kami seterusnya iaitu Sutra Beach Resort. Dah lama saya teringin ke resort ini. Saya teringin untuk melihat kolam renangnya yang kelihatan seakan bersambung dengan pantai.

Akhirnya kami sampai ke Sutra Beach Resort menjelang Maghrib. Kami hampir terlepas kerana resort ini dihimpit oleh kampung nelayan. Kawasan ini masih belum dikomersialkan. Harapan saya ianya akan terus begitu. Terasa aman dan damai bila berada di sini. Melihat rumah-rumah kampung di sini mengingatkan saya akan kesusahan mereka mencari rezeki di laut. Melihat kampung nelayan dan pantai di Terengganu akan mengingatkan saya kepada penyair Seberang Takir, arwah JM Aziz, yang sering berbicara mengenai laut dan hidup nelayan.

Resort ini memang sangat cantik dan meninggalkan kenangan yang mendalam kepada kami. Biliknya juga luas, hiasan dalamnya juga menarik dan bilik yang kami duduk menghadap laut. Malam itu kami tidur nyenyak dengan nyanyian ombak Laut China Selatan.

Hari itu, resort ini tidak penuh. Mungkin kerana musim tengkujuh. Harga biliknya pun agak murah berbanding hari biasa. Kami tidak dapat mandi di laut, kerana ombaknya kuat, tetapi kami puas berendam di kolam renang nya yang besar.

Melihat menu di coffee house tidak begitu menarik perhatian kami kerana menunya masakan barat. Kami ingin mencari menu masakan tempatan. Susah juga mencari tempat makan di sini terutamanya pada waktu malam, kerana kawasan ini agak jauh dari bandar, lebih kurang 45 minit perjalanan ke Kula Terengganu. Malamnya kami makan di sebuah kedai makan di Merang.

Sarapan pagi keesokan harinya di resort ini juga sedap dan menyelerakan, cuma sedikit kecewa kerana tidak dihidangkan dengan nasi dagang. Kami habiskan waktu kami pagi itu dengan mengambil gambar keliling resort dan juga berendam di kolam renang.

Hati kami begitu berat untuk meninggalkan resort ini. Semalam di Sutra rasa bagai terlalu singkat. Tapi apakan daya kami perlu teruskan perjalanan. Memang rancangan percutian kami kali ini untuk bermalam di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor atau Kuala Lumpur.

Saya berharap, jika diizinkan, satu hari nanti akan kembali semula ke sini untuk duduk lebih lama lagi. Mungkin sempat untuk snorkeling ke Redang atau mengikuti aktiviti mencandat sotong. Merang dan Redang seakan-akan memanggil kami untuk kembali…

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: