Jiwa Rasa Gelora

Januari 12, 2005

Lagu Anak Pelaut – J.M. Aziz

Filed under: Uncategorized — jiwarasa @ 1:36 pm

.

Semenjak pulang bercuti dari pantai timur, buku JM Aziz; Derita Seorang Seniman, selenggaraan Wahba sudah berapa kali ulang belek dan baca. Membaca puisi JM Aziz, penyair istimewa kelahiran Seberang Takir, mengingatkan saya akan keindahan pantai yang masih segar dalam fikiran. Puisi beliau juga mengingatkan saya akan dahsyatnya bencana tsunami yang menimpa saudara kita.

`Puisi adalah penawar Jiwa luka saya…ia memupuk semangat dan menenangkan jiwa lara saya…’ kata JM Aziz, seorang penyair yang derita zahir dan batin hingga ke akhir hayat. Dunia laut dan nelayan menjadi sumber inspirasi beliau menghasilkan karya puisi yang sederhana tetapi memukau dan mampu menghiris jiwa. Puisi beliau penuh dengan kepiluan sesuai dengan nama pena Jiwa Merana.

Laut boleh menjadi kawan dan boleh juga jadi lawan. Laut sering jadi tempat mencari ilham dan ketenangan dan laut juga boleh menjadi punca kepiluan dan tangisan. Laut itu sumber pencarian, laut juga lubuk puaka membaham nyawa.

Laut adalah kehidupan. Pasang dan Surut. Ombak dan Pantai. Tenang dan Gelora. Hidup dan Mati….

Lagu Anak pelaut

Kunyanyikan pantaiku
Berwajah ungu
Anak-anaknya dalam sedu.

Kunyanyikan pantaiku
Berbelas lara
Rindu dendam anak-anaknya
Mengharapkan kasih entahkan tiba.

Kunyanyikan pantaiku
Retak seribu
Paling derita anak-anak di sini
Tiada siapa yang bisa tahu
Selain dari yang mengalami.

Kudengarkan lautku
Berlenggang-lenggok
Kudendangkan lautku
Tempat berpaut.

Kudendangkan lautku
Pintu hidup
Kudendangkan lautku
Pintu maut.

J.M Aziz
18 Jun 1967.

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: