Jiwa Rasa Gelora

September 12, 2005

Penagih dapat bantuan..

Filed under: Uncategorized — jiwarasa @ 6:28 pm


Menarik betul tajuk utama Berita Minggu yang saya tatap pagi Ahad lepas. Penagih dadah sekitar ibu kota akan dibekalkan barang keperluan harian seperti pakaian, tuala, selimut, sabun, vitamin, susu dan pelbagai jenis makanan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Penagih dapat bantuan

Pendekatan terbaru MAIWP banteras penyalahgunaan dadah di ibu kota
KUALA LUMPUR: Penagih dadah sekitar ibu kota akan dibekalkan barang keperluan harian seperti pakaian, tuala, selimut, sabun, vitamin, susu dan pelbagai jenis makanan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Che Mat Che Ali berkata, sumbangan itu akan diagih-agihkan bermula minggu depan selepas Skuad Sukarelawan Musibah MAIWP melihat sendiri keadaan penagih di beberapa markas mereka di sini, semalam.

Beliau berkata, lawatan skuad berkenaan adalah antara pendekatan halus dan bersifat psikologi dalam usaha dakwah bagi membantu memulihkan penagih.

Program itu, katanya dijalankan secara bersepadu bersama ahli Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), pegawai MAIWP dan JAWI di lokasi yang dikenal pasti berdasarkan pemantauan Pengasih.

“Kita bukan nak tangkap mereka, sekadar melawat dan memberi motivasi. MAIWP sudah beri RM100,000 kepada Pengasih menerusi Baitulmal dan sebahagian peruntukan adalah untuk kempen menjinak dan melembutkan hati penagih dadah. Prosesnya adalah memberi baju, seluar, tuala, makanan, vitamin dan susu,” katanya.

…….. muka depan Berita Minggu Ahad 11 September,2005

Bertuah sungguh nasib penagih di bumi kita. Bukan sahaja akan diberikan jarum dan kondom percuma, akan ditambah dengan bekalan barang keperluan pula. Mereka akan akan dilayan dengan penuh kasih sayang, dalm usaha untuk `menjinak’ dan melembutkan hati mereka, kata Pengarah JAWI.

Tiba-tiba sahaja terbayang di hadapan saya imej-imej sedih dan pilu seperti dalam program Bersamamu TV3. Teringat kisah keluarga miskin yang ditarik balik bantuan RM80 sebulan oleh Kebajikan Masyarakat. Nasib mereka tidak sebaik penagih dadah. Perlu mengemis untuk mendapat sesuap nasi. Perlu menebalkan muka di dalam TV meminta belas ihsan. Nasib pesakit diabetis yang perlu membeli jarum untuk merawat penyakit yang dihadapi.

Sungguh makmur tanahairku….

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: