Jiwa Rasa Gelora

Februari 8, 2006

Paolo Coelho, Veronika & Sakit Jiwa

Filed under: Uncategorized — jiwarasa @ 9:16 am
Veronika Decides To Die
Paolo Coelho
HarperCollins Publishers India
ISBN 8172235437
RS 250 (~RM23)
Veronika Decides To Die adalah novel kedua tulisan Paulo Coelho yang saya baca. Buku pertama sudah tentu buku bestseller beliau iaitu Alchemist. Seperti Alchemist , Veronika Decides To Die sarat dengan pengajaran dan falsafah hidup. Kisah bagaimana kita melihat kehidupan dari pandangan yang berbeza-beza. Kalau Alchemist tentang matlamat hidup, cita-cita dan pencarian dalam hidup, Veronika Decides To Die pula adalah tentang kekosongan dan kebosanan hidup, tenatng pilihan dalam hidup dan mahu mencari dunia yang lain dari kebiasaan.

Buku ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Veronika, seorang gadis yang memiliki segala-galanya dalam hidup. Gadis yang muda dan cantik, punya ramai teman lelaki, kerja yang stabil juga keluarga yang bahagia. Segalanya kelihatan begitu sempurna buat Veronika. Namun ada sesuatu yang dirasakan tak betul bagi Veronica. Gadis ini merasa sudah bosan dengan hidupnya yang dianggap mundane dan routine, terlalu biasa dan tidak mendatangkan keseronokan kepada dirinya. Suatu hari Veronika telah mengambil keputusan nekad untuk membunuh diri dengan mengambil pil tidur dengan berlebihan.

Apabila terjaga Veronika terkejut bila belisu berada di sebuah hospital di Villette. Lebih mengejutkan bila diberitahu yang beliau menghidap penyakit jantung dan hanya menunggu hari untuk mati. Hari-hari berikutnya telah menemukan Veronika dengan makna dan falsafah gila.

Di Hospital jiwa inilah Veronika telah bertemu dengan banyak karakter yang menarik, yang orang biasa katakan sebagai gila. Mereka dikatakan gila kerana tidak mahu bersikap dan berfikir seperti orang biasa. Mereka dikatakan gila kerana mahu keluar dari perjalanan hidup yang telah dipersiapkan mungkin oleh ibubapa mereka. Mereka mahu keluar dari kebiasaan dan mahu mengejar mimpi dan cita-cita yang dilakar sendiri.

Di sinilah Veronika berjumpa dengan makna kehidupan, menyedari yang setiap saat kewujudan manusia merupakan pilihan yang kita buat samada untuk terus hidup atau mati.

Paolo Coelho lahir tahun 1947 dan buku pertama beliau The Pilgrimage diterbitkan ketika beliau berusia 40 tahun, iaitu pada tahun 1987. ( Ini satu motivasi bagi mereka yang sudah menjelang 40 tapi bercita-cita untuk menjadi penulis🙂 ) Mulanya buku beliau tidak begitu mendapat perhatian sehinggalah diterbitkan semula oleh sebuah penerbit buku ternama. Kini buku Paulo Celho telah diterjemahkan ke lebih 56 bahasa dan boleh dibaca di lebih dari 150 negara.

Veronika Decides To Die sebenarnya adalah gambaran hidup Paolo Ceho semasa kecil. Beliau pernah dimasukkan ke hospital jiwa di Rio de Janeiro. Bukan sekali tapi 3 kali. 1965, 1966 dan 1967. Dia dimasukkan ke hospital jiwa kerana keluarganya merasakan beliau berkelakuan aneh kerana suka menyendiri, meminati seni, sastera dan teater. Paolo Coelho mahu jadi seoarng artis, satu kerjaya yang kurang diterima masyarakat Brazil masa itu.

Membaca buku ini menimbulkan tandatanya kepada saya. Siapa sebenarnya yang gila? Mereka yang berperangai pelik, suka memberontak kerana punya pendapat dan keinginan yang berlaina dari orang lain? Atau mereka yang mengikut arus dan mengikut sahaja segala norma dan kebiasaan dalam masyarakat, tanpa bertanya soal, tanpa berfikiran kritis? Mereka membuat sesuatu kerana itulah kebiasaan yang dibuat orang lain?

Siapa sebenarnya yang sakit jiwa?

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: