Jiwa Rasa Gelora

April 12, 2006

Salam Maulidur Rasul

Filed under: Uncategorized — jiwarasa @ 10:04 am

.

12 Rabiul awal Nabi lahir. 12 Rabiul awal juga Nabi wafat. Pahit getir Nabi hadapi menyampaikan dakwah ke seluruh alam. Dulu Nabi dibaling batu ketika berdakwah ke Taif. Kini setelah Baginda wafat, ajaran Nabi seolah-oleh dibaling jauh oleh ramai yang mengaku umatnya. Maulidurrasul disambut, tetapi ajarannya dihindari, malah ada yang berani menentangnya. Kita mengaku sayangkan Nabi. Namun, apa ertinya sayang jika hanya mainan di bibir. Amalan dan tindakan kita bertentangan sungguh dengan lafaz sayang yang dulang-ulang.

Khutbah Widak adalah khutbah terakhir yang telah disampaikan oleh Nabi Muhammad sebelum Baginda wafat. Ianya disampaikan pada 9 Zulhijjah tahun 10H di lembah Uranah, Bukit Arafah. Baginda wafat pada 12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah.Walaupun sudah 1416 tahun Nabi meninggalkan kita, khutbah widak ini sentiasa relevan kepada kita. Setiap kali membacanya seakan baru pertama kali membacanya…

Sempena mengenang hari kelahiran Nabi, marilah kita renung kembali pesanan Nabi dalam khutbah yang terakhir ini.

“Wahai manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikanlah harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemilik yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.ALLAH telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara yang besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak keatas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

ALLAH Dirikanlah sembahyang lima kali sehari,berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ‘Ibadah Haji’ sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap ALLAH pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang aku sampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku,menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan”

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: