Jiwa Rasa Gelora

Mei 27, 2006

25 Mei 2006 Shah Alam

Filed under: emba — jiwarasa @ 10:34 am

.

Ada banyak sebab orang melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana. Kepada yang mengajar di pusat pengajian tinggi, mempunyai ijazah sarjana adalah prasyarat untuk menjadi pensyarah. Bagi yang sedang bekerja, ia mungkin akan membuka peluang untuk kenaikan pangkat, atau setidak-tidaknya boleh mengintai peluang di tempat lain yang lebih bagus.Saya mendaftar diri untuk program MBA di hujung tahun 2003, kerana keinginan yang tinggi untuk mencari idea baru pengurusan dan mahu revisit semula teori-teori pengurusan yang dipelajari semasa peringkat ijazah dahulu. Bukan niat mahu meminta dinaikkan pangkat, tetapi kalau sudah rezeki, tidak ke mana jua. Alhamdulillah.

Belajar di hari minggu, Sabtu dan Ahad selama dua tahun bukan sesuatu yang menyeronokkan jika kita tidak ada motivasi diri dan keinginan untuk mencari dan berkongsi ilmu. Begitu juga bersengkang mata menyiapkan tugasan. Apatah lagi jika sudah berkeluarga dan beranak pinak. Mulanya memang ramai yang merungut. Tetapi, apabila berakhirnya kuliah di akhir tahun lepas, ramai pula rakan yang mengeluh, kerana sudah tidak ada aktiviti di hujung minggu.

Tahniah kepada semua rakan-rakan EMBA kampus Ipoh yang telah merasa `memakai jubah’ di Dewan Sri Budiman Khamis lepas. Walaupun ramai rakan-rakan yang rambut dah beruban, atau segan nak tumbuh, tetapi keazaman kuat membuktikan, ilmu boleh dituntut tanpa mengira usia.

Sekalung budi untuk Suri, Mak, Abah dan adik-adik yang hadir bersama. Terima kasih atas doa, sokongan dan kata perangsang.

Saya baru sedar yang blog ini lahir tidak lama selepas saya memulakan pengajian. Sudah hampir dua tahun rupanya usia blog ini.

Haruskah diteruskan – Ogos 2004
Organizational Behaviour – Ogos 2004

Kelas di bulan puasa – Oct 2004
Setitis Air di hujung jari – Sept 2005

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: