Jiwa Rasa Gelora

Julai 30, 2004

Mengapa Jiwa Tidak Tenteram?

Filed under: Uncategorized — jiwarasa @ 4:17 pm

    Masalah sosial yang parah di kalangan umat Islam sering dikaitkan dengan masalah jiwa yang tidak tenteram. Jiwa yang resah, tertekan dan berserabut boleh melahirkan tindakan yang pelbagai. Adakalanya manusia bertindak di luar batas kemanusiaan disebabkan jiwa yang resah gelisah.

    Ustaz Amal, pendakwah dan penasyid, ada menulis di dalam majalah i keluaran Ogos melalui tentang masalah ini. Beliau memetik Dr `A-idh Al Qarni dalam kitabnya La Tahzan menyebut mengenai empat perkara yang mewariskan kesempitan hidup dan tekanan jiwa;

    1. Tidak reda dengan qadha dan qadar Allah
    2. Terus menerus melakukan maksiat tanpa mahu bertaubat
    3. Hasad dengki sesama manusia
    4. Meninggalkan zikrullah

    Saya melihat 4 perkara tersebut memang berlaku dengan meluas di kalangan umat melayu sejak akhir-akhir ini. Beberapa banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh para pemimpin masyarakat yang kadang-kadang bunyinya macam tidak percaya qadha’ dan qadar. Kenyataan seperti `Kalau kita buat begini, dah tentu benda ni tak jadi’ sudah jadi mainan mulut setiap kali ditimpa musibah.

    Maksiat yang berterusan kadang-kadang bukan mahu dibenteras tetapi diberi promosi kelas pertama, di media waktu perdana. Orang buat maksiat secara terbuka. Orang buat buat baik sorok-sorok. Maksiat dibanggakan, dan berbuat baik sudah jadi benda yang memalukan.

    Hasad dengki sudah jadi sinonim dengan orang Melayu. Malah sudah jadi jenaka yang orang Melayu ramai yang punya PHD – Pingat Hasad Dengki. Hasad dengki yang tak berasas, seperti tak boleh tengok orang lain berpendapatan lebih, berkereta baru atau perniagaannya lebih maju. Bunyinya lucu, tapi itulah hakikat sikap yang ada pada kita. Adakah kita tidak redha dengan rezeki yang Allah telah kurniakan pada kita?

    Akhirnya, dengan meninggalkan zikrullah, di manakah lagi pautan hidup kita. Zikrullah bukan sahaja hilang dari bibir, malah hilang dari pandangan dan tindakan harian kita. Kalau kita beramal dengan zikrullah, sudah tentu, kita akan beringat sebelum melakukan sesuatu. Kita tak akan membuat perkara terlarang jika jiwa kita ingat kepada Allah. Zikrullah dalam ertikata yang luas adalah penyembuh kepada masalah jiwa yang gelisah.

    Advertisements

    Julai 26, 2004

    Aliran Pemikiran Islam Liberal

    Filed under: Uncategorized — jiwarasa @ 8:12 am


       Majalah i Ogos 2004
     
     
     
    Apakah itu Islam Liberal? Adakah aliran pemikiran ini wujud di Malaysia?

    Majalah i keluaran Ogos 2004  yang diterbitkan oleh Kumpulan Karangkraf, membicarakan isu yang menarik mengenai aliran pemikiran Islam Liberal ini.

    Aliran Islam Liberal ini lahir disebabkan oleh fenomena penjajahan barat ke atas negara umat Islam dan juga fenomena ketinggalan di bidang sains dan teknologi berbanding negara barat.

    Pendokong aliran Islam Liberal ini berpendapat bahawa penafsiran kolot agama adalah faktor penghalang bagi mencapai kekuatan dan kemajuan. Mereka berpendapat, kelemahan dan kemunduran umat Islam adalah berpunca daripada belenggu kejumudan umat adlam mentafsir dan mempraktikkan agama Islam.

    Persoalannya, benarkah kemunduran dan kelemahan kita disebabkan Islam itu yang lemah, dan perlu diberi penafsiran baru? Mengapakah kita menyalahkan agama di atas kelemahan pengamalnya?

    Apakah erti kemajuan? Benchmark siapakah yang kita pakai bila kita mengatakan yang umat Islam lemah dan mundur. Bukankah kita telah dijanjikan sebagi umat yang terbaik, dengan syarat kita mengamalkan Islam secara totaliti? Allah telah menjanjikan kita sebagai umat terbaik kuntum khaira ummatin dengan syarat kita melaksanakan amar-ma’ruf, nahi munkar dan kita beriman kepada Allah. Rujuklah Ali Imran : 110

    Umat Islam mundur bukan kerana Islam tetapi kerana kegagalan kita menguasai ilmu. Kita tidak bersungguh-sungguh untuk menguasai ilmu. Kita juga tidak menghormati ilmu dan orang berilmu. Lihatlah, di manakah letaknya taraf para cendikiawan, sasterawan, alim ulamak dalam agenda pembangunan negara kita?  Adakah kita mengambil kira pandangan mereka?

    Julai 23, 2004

    Semoga Tok Guru Segera Sembuh

    Filed under: Uncategorized — jiwarasa @ 8:50 am

     

    MB Kelantan, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan telah dimasukkan ke Hospital Pakar Perdana, awal pagi semalam kerana serangan sakit jantung.

    Beliau mengadu sakit dada sewaktu bangun pagi pada pukul 4 pagi. (Memang menjadi rutin harian Tok Guru bangun awal pagi untuk solat tahajjud sebelum solat subuh dan kemudiannya memberi kuliah subuh di Masjid Pulau Melaka yang bersebelahan dengan rumah beliau.)

    Akhbar the Star melaporkan yang beliau ingin membatalkan hasrat untuk menunaikan umrah yang telah dirancang pada 1 Ogos ini. Sebaliknya, beliau meminta supaya wang belanja perjalanan itu dibelanjakan kepada orang miskin! 

    Akhbar The Star online  juga melaporkan yang beliau telah mendirikan solat tahajjud dan solat subuh dahulu sebelum ditemankan keluarganya  ke Hospital Pakar Perdana.

    Begitulah peribadi seorang ulamak yang berumur 73 tahun. Dalam keadaan sakit sekalipun,  masih sempat berfikir untuk memberi sedekah, walaupun beliau mungkin memerlukan wang tersebut untuk rawatan. Dalam keadaan sakit juga, beliau tidak meninggalkan solat tahajjud! 
     
    Saya rasa diri ini sangat kecil dan hina jika dibandingkan dengan Tok Guru Nik Aziz. Jika seorang MB yang sentiasa sibuk,  sudah berumur, dan kini sedang sakit pula, tidak lupa untuk solat tahajjud, bagaimanakah diri ini? Usah bicara tentang solat tahajjud. Hatta solat subuh pun sangat sukar untuk dilaksanakan!  Apakah alasan yang ingin diberi untuk tidak belajar bangun malam dan meletakkan dahi di atas sejadah? Sibuk? Tak sempat? Letih?

    Semua itu hanyalah alasan penyedap hati semata. 

    Sesungguhnya, Tok Guru Nik Aziz telah menunjukkan kepada kita yang pangkat dan kuasa bukan menjadi penghalang untuk kita menjadi pengabdi kepada Allah.

    Semoga Allah melindungi  beliau dan  memberikan kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan.

    Kelantan MB’s condition serious but stable after heart attack

    The Star Online > News

    Friday July 23, 2004

    Kelantan MB’s condition serious but stable after heart attack

    BY SYED AZHAR

    KOTA BARU: Kelantan Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat has been admitted to the intensive care unit of a specialist hospital here after suffering a pre-dawn heart attack at his home, near here, yesterday.

    At 6.45pm the hospital’s medical director, Datuk Dr Mahmud Awang Kechik, said the Mentri Besar’s condition was “serious but stable”.

    He said Nik Aziz was suffering from coronary thrombosis but was able to murmur a few words after he came out of sedation.

    Kelantan Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat at the intensive care unit of the Perdana Specialist Medical Centre in Kota Baru after he suffered a heart attack at his house in Pulau Melaka at about 6am on Thursday.
    He added, however, that the Mentri Besar was still weak.

    Dr Mahmud said a team of specialists from the National Heart Institute in Kuala Lumpur was expected to arrive at the hospital last night.

    It is learnt that shortly after waking up at about 4am, Nik Aziz called his wife and some of his children to his side.

    Already unwell and complaining of chest pains, he told them he wanted to cancel a planned umrah trip with some family members and aides on Aug 1.

    He asked them to donate the money (to be used for the trip) to the poor.

    He then performed his tahajjud prayers (obligatory prayers before the mandatory subuh prayers) and then his subuh prayers before his family accompanied him to the Perdana Specialist Medical Centre here in an ambulance.

    State government spokesman Husam Musa said the 73-year-old spiritual adviser to PAS was brought to the hospital from his house in Pulau Melaka at about 6am.

    Husam, the state Finance and Public Administration Committee chairman, said heart specialist Dr Ibrahim Abdullah had told him that Nik Aziz will be given medication and may have to undergo an operation within two days.

    “Dr Ibrahim also said Nik Aziz’s heart was weak and there may be coronary complications.

    On the whole, however, his condition does not look that bad,” Husam told reporters after visiting the Mentri Besar at the hospital in the afternoon.

    In a phone interview with The Star in Petaling Jaya later, Husam said Nik Aziz was “conscious but still very weak”.

    He added: “The doctors are considering heart surgery for Tok Guru (as Nik Aziz is fondly called by followers) in the next two days when his condition stabilises.”

    Husam said that except for his son, ISA detainee Nik Adli, all members of the Mentri Besar’s family were at his bedside.

    Deputy Internal Security Minister Datuk Noh Omar said arrangements were being made for Nik Adli to visit his father.

    He was expected to arrive at the hospital from the Kamunting camp at 11pm.

    Kelantan Deputy Mentri Besar Ahmad Yakob said Nik Aziz appeared more stable.

    He said medical specialists who examined Nik Aziz found that “he has a slight heart case and very high blood pressure.”

    Hundreds of well-wishers made a beeline for the hospital on hearing the news about their leader. However, the ICU ward was only opened to his immediate relatives. 

     
     The Star Online 23th July, 2004

    Julai 22, 2004

    Screensaver for my ipaq 4150

    Filed under: Uncategorized — jiwarasa @ 12:26 pm
       

      I have downloaded a nice screensaver for my pocket pc by the name of DockWare from iliumsoft. I found it while browsing ipaqclub , a pocket pc club for ipaq user.  It is a freeware which can be downloaded by visiting DockWare .   It will continuously display beautiful pictures with date and clock.

    Julai 20, 2004

    Phoenix Bangkit Dari Abu

    Filed under: Uncategorized — jiwarasa @ 12:05 pm


      Phoenix Bangkit Posted by Hello

      Kulit album Phoenix Bangkit yang saya jumpa ketika melayari web saudagar rindu 
       

      Phoenix Bangkit Dari Abu
       
      Bina jambatan menuju ke seberang
      Melangkah jurang lebar dan dalam
      Dengan darah dan keringat
      Dengan airmata berpegang pada taliNya
       
      Rapatkan saf semangatmu jangan goyah
      Kota yang telah roboh harus dibina semula
      Atas dasar kebenaran demi kita demi waris
      Semua serangan yang datang kita tangkis
       
      Jangan kau gentar pada bayang-bayang sendiri
      Di sebalik pahit getir kemenangan menanti
      Bagaikan burung Phoenix bangkit dari abu
      Bangkit membina (semula) satu keindahan (baru)
      Phoenix bangkit
       
      Bina jambatan menuju keseberang
      Dengan darah keringat dan airmata oh…
      Melangkah ke seberang ke tanah yang dijanjikan
      Dirindukan
      Demi cinta tiada lain demi cinta

      Lagu dan Lirik oleh M. Nasir
      © 2001 Luncai Emas Sdn. Bhd. 
       

      M Nasir adalah salah seorang penyanyi yang sangat saya minati. Minat saya bukan hanya kerana lagunya yang merdu tetapi liriknya yang bermutu tinggi dan meruntun perasaan. Album Phoenix Bangkit adalah album beliau yang saya rasakan terbaik pernah dihasilkan. Malah, bagi saya, Phoenix Bangkit adalah album Melayu terbaik yang pernah saya miliki.
       
      Bayangkan dalam album ini, M Nasir telah berbicara mengenai nasib  Masirah  di Palestine, lalu bercerita mengenai Rumi dan Mawlawinya, bercerita tentang Wak Dogo, bercerita tentang Ashabul-Kahfi dalam Sahabat Gua dan seperti biasa tak akan lupa menyelitkan lagu keroncong. 
      Saya dapat merasakan yang M Nasir banyak membawa pengaruh penyair Rumi dalam lagu-lagu beliau. Kebanyakan lagunya membawa  mesej Cinta yang universal.
       
      Album ini sarat dengan nasihat, sindiran, teguran dan pengamatan yang tajam. Saya rasa album ini cukup kuat jiwa Melayu nya dan ini adalah cubaan berani M Nasir untuk menjejak susur galur dan kekuatan diri umat melayu.  

      Lagu Phoenix Bangkit Dari Abu sangat berbekas pada saya.  Jiwa ini rasa tersentuh setiap kali mendengar lagu ini. Umat ini harus bangkit seperti legenda burung phoenix yang bangkit dari kematian yang panjang. Bangkitnya phoenix  dari abu dengan membina kekuatan baru.
      Saya akan terimbau tentang kegemilangan Melayu Melaka dan kegemilangan umat Islam di Adalusia bila mendengar lagu ini.
       
      Ya, kita pernah gemilang dan terbilang dulunya, dan tak mustahil kita kan kembali gemilang
      jika kita punya jiwa yang kuat dan bangkit bagai burung phoenix. dengan darah keringat dan airmata….

      Julai 19, 2004

      My new PDA – Ipaq 4150

      Filed under: Uncategorized — jiwarasa @ 5:11 pm


       
      It has been more than 3 weeks since I bought my brand new ipaq 4150 through Direct Access. It was a good bargain as I got reduced price with complimentary 256mb storage card. The past 3 weeks has been very interesting toying with this new gadget.

      One of the first thing that I did was getting  a reader for ebooks. I downloaded Acrobat Reader for PDF and  Microsoft Reader.  I have downloaded the following e-books;

      1. Ihya’ Ulumuddin by Imam Ghazali
      2. Art of War by Sun Tzu
      3. Republic by Plato
      4. Theodore Roosevelt- An Autobiography by Ken Mattern

      I have also downloaded the whole Al-Qur’an by downloading Pocket Islam. A very powerful software which also includes, english translation ( Piktchall  and Yusuf Ali), Solat Time, Azan, Islamic calendar and hadith.

      Indeed, this PDA is a very powerful tool  which will be one of my most loyal companion !

      ipaq 4150 Posted by Hello  

      You may want to visit bargainpda for the review.

      Julai 5, 2004

      Zakat: Kenapa bayaran asnaf amil begitu besar?

      Filed under: Uncategorized — jiwarasa @ 9:07 am

       
      Pengurusan zakat di Malaysia, adalah antara yang boleh dibanggakan. Majlis Agam Islam Negeri-Negeri telah memainkan peranan mereka dalam memaksimakan pengutipan hasil zakat.
      Namun begitu, kaedah pengagihan zakat masih boleh diperbaiki.
       
      Andaikata saluran pengagihan dapat dipertingkatkan, masalah kemiskinan yang mencengkam umat di tanahair kita dapat dibenteras…
       
       
      Cetusan saya mengenai pengurusan zakat yang dibincangkan di harakahdaily…

      Zakat: Kenapa bayaran asnaf amil begitu besar?

      Tuesday, June 22 @ 21:00:26 MYT

      Oleh Jiwarasa
      Saya juga tertarik bila membaca pendapat Sdr Rahmat yang mempersoalkan tentang agihan Pusat Zakat Selangor pada 21 Jun 2004 dan dijawab oleh Abu Al-Hakim Al-Selayangi pada June 21.

      Saya rasa Sdr Rahmat tidak membuat sebarang tuduhan mengenai unsur penyelewengan. Yang dipersoalkan bukan isu ketelusan tetapi isu kewajaran pembahagian asnaf tersebut.

      Beliau mempersolkan kewajaran RM10 juta diperuntukkan untuk amil dan hanya RM3 juta untuk bantuan pelajaran.

      Isu ini rasa saya bukan hanya berlaku di Pusat Zakat Selangor malah di Pusat Zakat lain juga. Di mana-mana pusat zakat pun, jumlah agihan untuk Amil Zakat itu agak besar.

      Ianya berlaku disebabkan skop Amil yang terlampau luas. Segala overhead termasuk gaji kakitangan, belanja kursus dan latihan, bayaran utiliti, pengurusan pejabat dan segala perbelanjaan lain adalah dikategorikan sebagai bayaran untuk amil.

      Ada juga pusat zakat yang membeli bangunan yang mahal dan juga diletakkan di bawah amil.

      Persoalannya sekarang, berapakah jumlah yang dirasakan wajar untuk diagihkan kepada Amil?

      Patutkah kita berbelanja besar untuk membeli bangunan yang cantik dan mahal tetapi di masa yang sama masih ramai umat Islam yang miskin dan duduk merempat?

      Kenapakah kita tidak memaksimumkan pengagihan zakat untuk bantuan yuran pengajian tinggi anak bangsa kita (di bawah asnaf fisabilillah) di kala pemberian biasiswa ditiadakan oleh kerajaan.

      Kenapa sesetengah Pusat Zakat sanggup membina bangunan tinggi di kala bangunan Sekolah Agama Rakyat reput menyembah bumi? (asnaf fisabilillah)

      Manakah lebih penting?

      Saya rasa walaupun diharuskan menggunakan wang zakat untuk membina bangunan dan lain-lain perbelanjaan modal, ianya tetap berlawanan dengan roh zakat itu jika pengagihan zakat tidak dapat mengangkat martabat umat dan menarik mereka dari belenggu kemiskinan dan kepayahan.

      Saya berharap pihak pengurusan zakat di seluruh Negara dapat mempertingkatkan usaha untuk memastikan usaha pembasmian kemiskinan berjaya dilaksanakan. – zs

      Julai 4, 2004

      Pustaka Indonesia – Syurga dunia bagi peminat buku Bahasa Melayu

      Filed under: Buku, Uncategorized — jiwarasa @ 1:05 am

      Rabu 30/6/04, saya bertemu satu tempat baru yang menakjubkan!

      Bercuti sambil menemankan emak ke sesi rawatan di Hospital Putrajaya. Kemudian, temankan, Mak & Abah ke Mydin di Jalan Masjid India.

      Selepas makan terus ke Wisma Yakin, mencari Pustaka Indonesia. Mulanya cuma melihat di kedai di tingkat bawah. Saya telah ditegur oleh tuan punya kedai dan membawa saya ke Tingkat 2 untuk melihat koleksi yang lebih banyak.

      Saya sudah lama mendengar mengenai Pustaka Indonesia. Baca mengenai koleksi kitabnya yang banyak ditulis di forum di internet.

      Fathi Aris Omar juga ada menulis satu artikel yang menarik di The Sun mengenai minat membaca masyarakat Indonesia dengan merujuk kepada jumlah buku terjemahan yang banyak di Pustaka Indonesia.

      Saya benar-benar kagum dengan buku-buku yang saya jumpa!

      Saya tak sedar yang saya telah habiskan masa lebih dua jam untuk melihat semua buku yang dipamirkan di kedai tersebut!

      Saya benar-benar kagum dan hormat pada minat membaca masyarakat Indonesia. Bayangkan, saya jumpa beberapa judul buku karangan, Bernard Lewis, Edward Said, Seyyed Hossein Nasr, Fazlur Rahman dan banyak lagi yang telah diterjemah ke Bahasa Melayu Indonesia.

      Buku-buku ini hampir mustahil boleh dicari di MPH atau Popular. Apalagi kalau ingin dicari di kedai-kedai buku di Ipoh ini. Saya rasa rendah diri bila memikirkan koleksi buku yang dijual di kedai-kedai buku di negara kita. Persoalannya, dimanakah tahap pembacaan masyarakat kita?

      Kalau ikutkan kehendak hati memang banyak buku yang saya ingin beli. Akhirnya saya telah membeli 9 buah buku berharga lebih RM200. Yang pasti, saya akan datang lagi untuk mencari buku-buku lain!

      ——————————

      Buku yang dibeli

      1. Filsafat dan Praktik Pendidikan Islam Syed M Naquib Al-Attas – Wan Mohd Nor Wan Daud (terjemahan)

      2. The Structure of Scientific Revolutions – Thomas S Kuhn (terjemahan)

      3. Islam; Agama, Sejarah dan Peradaban- Seyyed Hossein Nasr (terjemahan)

      4. Islam Intelektual; Teologi, Filsafat & Ma’rifat – Seyyed Hossein Nasr & William C Chittick (terjemahan)

      5. Muhammad Iqbal Dalam Pandangan Para Pemikir Syiah – Ali Khamenei, Ali Syariati & Murtadha Muthahhari (terjemahan)

      6. Sana’i, Attar, dan Rumi; Studi Komparatif
      – JTP De Brujn, Muhammad Este’lami & John Cooper. (terjemahan)

      7. Islam Agama Kemanusian – Nurcholish Majid

      8. Kontroversi Pemikiran Fazlur Rahman, Studi Kritis Pembaruan Pendidikan Islam – Prof Dr H Muhaimin

      9. Buku Ini Aku Pinjam / Tip Baca Buku – Dr Shalih Muhammad ArRasyid & Muhammad Shalih Al-Munajjid (terjemahan)

      Terdetik dalam hati saya, apakah nasib penerbitan buku di Malaysia, khususnya yang berbahsa Melayu? Ke manakah arah kita?

      Create a free website or blog at WordPress.com.